Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hari ini saya ingin kongsikan langkah demi langkah menggunakan produk kecantikan Nour Ain. Sambil tu akan selit-selit tips yang boleh diamalkan jugak. Jom baca sampai habis. Bagi yang baru mencuba, anda pasti telah mengambil set percubaan lengkap Nour Ain, Set itu mengandungi Sabun, UV Foundation cream, Night Cream, Toner dan serum.
Langkah pertama.
-Cuci muka dengan sabun muka Nour Ain. Buihkan sabun dan urut keseluruh wajah.Sambil cuci sambil massage muka. Urut secara membulat keluar.Dari bawah ke atas. Kemudian bilas dengan air bersih. Cuci muka setiap pagi dan malam. Lagi baik kalau 3 kali sehari.
Tips: Bagi menjimatkan sabun, (sabun boleh cair bila terendam), simpan didalam bekas berlubang yang tidak menakung air. Untuk lebih jimat, boleh potong sabun kepada 2 atau 4 bahagian atau jika tidak mahu potong, buka hanya bahagian atas tutup plastik sabun sahaja.(maknanya, kita hanya guna bahagian atas sabun semasa mencuci muka.Jadi sabun lambat cair)
Langkah Kedua :
Spraykan Toner ke wajah anda (pastikan anda menutup mata)..Biar seketika hingga meresap dan ratakan dengan kapas muka.
Tips: Toner ini membantu menyegarkan kulit, jadi biarkan ia meresap seketika sebelum meratakan dengan kapas muka.
Langkah Ketiga:
Titiskan 2-3 titik serum ke tapak tangan dan ratakan keseluruh wajah. Pastikan Serum meresap ke dalam kulit wajah. Barulah effective.
Langkah Keempat:
Pada siang hari, gunakan Krim UV + Foundation ke seluruh wajah. (Pagi dan Petang)
Boleh digunakan sebagai alas bedak (boleh oles bedak/ makeup selepas memakai krim ini). Kalau tak nak pakai bedak pun boleh =)
Pada malam hari, sapukan krim malam ke seluruh wajah, pastikan wajah dalam keadaan lembab,supaya mudah untuk sapukan krim ini,selain untuk jimatkan penggunaannya. Krim malam ni hanya perlu disapu nipis sahaja.
Tips: Ramai yang tidak tahu, krim malam ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Jadi, stp kali ade jerawat cantik tumbuh, jangan panik, sapukan saja sedikit krim malam di atas jerawat sampai jerawat kecut dan hilang.(sapukan siang & malam)
Bagi yang ade beli multi-v cream, Boleh la selang selikan pemakaian multi V cream ini dengan krim malam.(kalau hari ini pakai krim malam , esok pakai la Multi V krim.)
Itu sahaja setakat ini..Selamat mencuba. =)